Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor merupakan Masjid Daerah Sepang yang telah dirasmikan oleh DYMM Tengku Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah pada 6 April 2001.
Masjid ini terletak bersebelahan dengan Sekolah Agama Menengah (SAM) Bandar Baru Salak Tinggi, Sekolah Rendah Agama (SRA) Bandar Baru Salak Tinggi dan Kompleks Mahkamah Rendah Syariah, Sepang.